Soalan 1 Adat Perpatih dan Adat
Temenggung memainkan peranan penting dalam kesejahteraan hidup masyarakat
Melayu sebelum campur tangan British. Bincangkan.
A. PENDAHULUAN
1.Adat ialah undang-undang
tidak bertulis yang diamalkan secara turun-temurun. Adat juga merupakan peraturan yang berdasarkan
kebiasaan dalam masyarakat. Terdapat dua undang-undang adat di Tanah Melayu,
iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal
dari Sumatera, Indonesia. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan
Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyong dan diamalkan di Negeri Sembilan serta
kawasan Naning.
2.Adat Temenggung pula
diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Palembang dan diamalkan
di semua negeri Melayu yang lain. Kedua-dua adat ini banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan
kemudiannya secara beransur-ansur
berubah kepada hukum syarak mengikut mazhab Syafie. Adat Perpatih dan
Adat Temenggung mempunyai peranan yang berbeza dari aspek politik, ekonomi,-
sosial dan perundangan.
B. ISI Adat Perpatih
1. Dari segi politik
Dari segi politik, Adat
Perpatih mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi dan permuafakatan. Pemimpin dipilih dan dilantikmelalui
wakil daripada setiap suku. Anak Buah akan melantik Buapak dan Buapak pula akan
memilih Lembaga. Lembaga akan memilih Undang dan Undang akan melantik Yamtuan
Besar. Sistem pemilihan pemimpin dalam
Adat Perpatih jelas menunjukkan kuasa dibahagikan antara Undang, Lembaga dengan
Buapak. Walaupun Yamtuan Besar bertindak sebagai sultan tetapi baginda tidak mempunyai kuasa dan tidak
berhak melantik orang besar di negeri- negeri lain. Sebaliknya, pelantikan tersebut
dibuat berpandukan hierarki yang lebih bawah daripada Yamtuan Besar. Setiap
keputusan yang diambil oleh Yamtuan Besar adalah berasaskan keputusan yang dibuat bersama
dengan Undang.
2. Dari segi ekonomi
Dari segi ekonomi, Adat
Perpatih bersifat matrilineal, iaitu keutamaan diberi kepada kaum wanita. Dalam
adat ini, kedudukan kaum wanita lebih tinggi daripada kaum lelaki. Harta pusaka
diperturunkan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu.
Harta pusaka daripada pihak ibu sebagai pengasas akan diwariskan kepada anak
perempuannya. Suami tidak berhak memiliki harta pusaka keluarga. Sekiranya
tidak mempunyai anak perempuan, maka hartanya akan diwariskan kepada adik
perempuan dan seterusnya. Kaum lelaki hanya berhak ke atas urusan pentadbiran
keluarga sahaja.
3. Dari segi sosial
Dari segi sosial, Adat Perpatih
mengamalkan cara hidup bersuku-suku, iaitu hidup secara berkeluarga. Setiap suku menggunakan
nama-nama tertentu. Masyarakat ini mengamalkan perkahwinan mengikut eksogami,
iaitu adat atau perbuatan
mengahwini seseorang daripada suku kaum lain
sekali gus melarang perkahwinan dengan suku yang sama. Perkahwinan mestilah
daripada suku yang berlainan kerana menganggap setiap ahli suku adalah
bersaudara. Selepas perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya
dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai semenda. Semenda perlu mendirikan
rumah bagi isteri dan anak-anaknya di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga
isteri. Jika berlaku penceraian, semenda tidak mempunyai sebarang hak ke atas
anaknya kerana berada dalam kelompok rumpun ibu.
4. Dari segi perundangan
Dari segi perundangan, Adat
Perpatih mementingkan penyelesaian y ang akan memuaskan hati pihak mangsa dan
pesalah. Hukuman yang diberi bertujuan membaiki keadaan, iaitu berbentuk
pemulihan dan bukannya untuk menghukum. Undang-undang jenayah adalah bertimbang
rasa dan berperikemanusiaan. Hukuman
berat tidak digalakkan dalam Adat Perpatih. Seorang pesalah akan didenda
mengikut kesalahannya dan perlu membayar ganti rugi kepada mangsa. Hukuman
tersebut dilaksanakan adalah untuk menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi
kesalahan pada masa hadapan.
Adat Temenggung 1. Dari segi
politik
Dari segi politik, Adat Temenggung bersifat
autokratik, iaitu pemusatan kuasa di tangan sultan atau raja. Sultan merupakan
tonggak sistem pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja dan pembesar. Pembesar
dilantik oleh sultan dan memerintah sebagai wakil sultan. Jawatan sultan
bersifat warisan, iaitu digantikan oleh putera sulung. Kedudukan raja sangat
istimewa dan diperkukuh dengan konsep daulat, penggunaan lambang-lambang
terlentu dan menjadi simbol perpaduan rakyat.
2. Dari segi ekonomi
Dari segi ekonomi, Adat
Temenggung mementingkan kaum lelaki dalam pewarisan harta pusaka kerana dipengaruhi oleh hulmm agama
Islam. Adat ini mengutamakan jurai keturunan lelaki. Jika berlaku penceraian,
pembahagian harta adalah berlandaskan hukum syarak. Harta sepencarian akan
dibahagikan sama banyak, manakala bagi isteri yang tidak bekerja pula akan
diberi satu pertiga daripada harta. Bagi harta asal pula akan dikembalikan
kepada pemiliknya.
3. Dari segi sosial
Dari segi sosial, Adat
Temenggung bersifat patrilineal, iaitu berkaitan dengan hubungan keturunan atau
kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa. Sejajar dengan
prinsip hukum faraid dalam Islam, lelaki diberikan keutamaan dan diiktiraf
sebagai ketua keluarga. Dalam adat ini, sistem kekeluargaan mengikut sebelah
ibu dan ayah adalah sama penting. Adat Temenggung membenarkan perkahwinan
dengan sesiapa sahaja asalkan
tidak bercanggah dengan hukum syarak. Apabila seorang lelaki berkahwin,
isterinya akan menjadi ahli keluarga suaminya.
4. Dari segi perundangan
Dari segi perundangan, hukuman
yang dikenakan mengikut Adat Temenggung adalah
bertujuan menghukum. Hukuman yang berat dan tegas dilaksanakan untuk
memberikan pengajaran dan iktibar kepada orang lain. Jenis hukumanyang
dikenakan adalah berbentuk pembalasan kepada si pesalah. Hukuman paling berat
yang dilaksanakan ialah hukuman bunuh. Sultan melaksanakan hukuman tetapi pembesar
atau penghulu boleh melakukannya sekiranya mendapat mandat daripada sultan.
Walau bagaimanapun, hukuman mati hanya boleh dijatuhi oleh sultan sahaja.
C. KESIMPULAN
Adat Perpatih dan Adat
Temenggung masih diamalkan sehinggalah berlakunya campur tangan British di
Tanah Melalu. Pemerintahan British memberikan kesan kepada kedua- dua jenis
adat ini. Selepas campur Iangan British, adat-adat ini tidak lagi penting kerana British menggantikannya dengan
undang-undang Barat.
Soalan 2 Bincangkan perjuangan
gerakan islah / islamiah dalam perjuangan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu
pada abad ke-20.
A. PENGENALAN
A. PENGENALAN
1. Gerakan kesedaran yang
pertama digerakkan oleh mereka yang berpendiikan agama dari timur tengah.
Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai
oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
2. Kaum muda ini bermatlamat
untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan
perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini
ialah al-Imam. 3. Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir
Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi, Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd
Salim al-Kalali.
B. ISI Matlamat Perjuangan
1.Memajukan kaum Melayu
berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan Hadis.
Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid
buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang
kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan
kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang
Melayu.
2.Kaum Muda menekankan
kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu. Pendidikan
adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat
pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan di
kalangan kaum perempuan juga
dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan
Bahasa Inggeris juga dititikberatkan.
3.Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap
anti penjajah dan bersikap tidak mahu
bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal
memberikan pendidikan yang cukup dan
seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda
berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.
4.Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit
Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara
kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti
menubuhkan persatuan bagi menggalakkan
pendidikan dan pembangunan ekonomi.
5.Kaum muda turut menuntut
orang Melayu menceburkan diri di datam bidang
perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di
bank.
Strategi perjuangan kaum muda
1.Melalui akhbar dan majalah
Al-Imam
Muncul pada bulan Julail 1906 di
Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada
bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai
dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan
suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu). Selain
itu terdapat juga akhhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan
penulisan kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915), Al-Ikhwan (P.Pinang
1926-1931), Saudara (P. Pinang
1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-1930)
2.Masjid dan madrasah
Penyampaian idea perjuangan
melalui perbincangan agama dimasjid dan madrasah. Kaum muda juga terlibat di
dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui
madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris,
bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama
mata pelajaran bersifat keagamaan. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan
oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah Al- Hadi (Melaka 1917), Madrasah
Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan madrasah Al- Diniah (Kg. Lalang Perak, 1924)
Perselisihan antara kaum muda
dan kaum tua
Kaum muda mendapat tentangan
darinada kaum tu. Kaum tua merupakan terdiri daripada hierarki agama rasmi,
elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar bandar. Pertentangan pendapat ini berlaku
melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar
dan Suara Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata
susila. Kaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda
ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu
sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kampung-kampung. Para mufti
telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum
muda telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat
beberapa penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di beberapa negeri.
C. KESIMPULAN
Perjuangan kaum muda boleh
dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan kaum tua. Kaum tua telah
menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk mempengaruhi
sultan dan juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas perjuangan kaum muda. Kaum muda telah gagal
untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya Perang
Dunia Kedua, perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada
usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan
corak ini pula lebih mendapat tempat dalam gerakan massa
Soalan 3 Bincangkan sumbanganan
Malaysia dalam pertubuhan ASEAN dari tahun 1967 sehingga 1997. A.
PENDAHULUAN.
1.Pada 7 Ogos 1967 telah wujud
satu gabungan yang dikenali sebagai Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara atauASEAN yang terdiri dari negara
Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.
2.Keanggotaan ASEAN telah
bertambah dengan kemasukan Brunei 7 Januari 1984,Vietnam 28 Julai 1995, Laos
dan Mynmar 23 Julai 1997. Akhir sekali Kemboja.
3.Penubuhan Asean yang
bermatlamatkan kerjasama dalam semua bidang terutama dalam bidang ekonomi,
kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
4.Penglibatan Malaysia amat
jelas dalam ASEAN terutama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
B.
ISI: 1.
Politik:
Mencetuskan idea penubuhan
ASEAN.
Malaysia merupakan negara
terawal menyedari kepentingan kerjasama serantau demi keselematan negara-negara
serantau di Asia Tenggara. Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan senario rantau
Asia Tenggara ketika itu: i.
Kebanyakannegara Asia Tenggara
baharu mencapai kemerdekaan makaamat perlu untuk mewujudkan kerjasama melalui
satu pertubuhan yang sama. ii.
Asia Tenggara merupakan satu
rantau yang berkedudukan strategik tetapi lemah dari segi politik dan hubungan
serantau dan antarabangsa. Malaysia bimbang keadaan tersebut akan memudahkan
kuasa-kuasa besar menundukkan negara Asia Tenggara atau menjadikan Asia
Tenggara tempat pertelagahan. Contohnya semasa Perang Dingin, negara Asia
Tenggara menjadi sasaran perebutan kuasa Barat dan komunis. iii.
Tekanan nasionalisme agar
negara baharu merdeka berusha ke arah mendapat pengiktirafan negara lain di
dunia. Maka Malaysia berusha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dengan
cara berkerjasama semua negara Asia Tenggara. iv.
Keadaan negara Asia Tenggara
yang masih tidak stabil dan masih terikat dengan pelbai gejala akibat
penjajahan barat. Wujud pelbagai
perbezaan falsafah politik dan ideologi. Contohnya Vietnam Utara dengan
ideology komunisnya,Indonesia sebagai militant-nationalist dan Filipina terikat
dengan Amerika Syarikat sehingga dikenali
sebagai “ranting Asia”.
v.Malaysia berpendapat sekiranya keadaan
rantau Asia Tenggara ini berterusan masa
depan negara tidak akan terjamin. Perpaduan dalam kalangan semua negara Asia
Tenggara perlu untuk membina benteng
pertahanan yang kukuh dalam semua aspek.
vi.Malaysia juga bimbang dengan
pengaruh komunis dan teori Domino.
Konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas
dan Berkecuali)
i.Malaysia telah menyumbang
kepada idea konsep ZOPFAN. Deklarasi ini dikenali sebagai Deklarasi Kuala
Lumpur dimana semua negara anggota bersepakat mengisytiharkan negara-negara
Asia Tenggara sebagai ZOPFAN.
ii.Konsep ini dijadikan inti
dasar luar bagi negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan dalam
kalangan ahli. Tujuan adalah untuk memelihara keamanan dan kestabilan politik
iii.Melalui ZOPFAN negara ASEAN
bebas mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira
idealogi politik. iv.
Hasil dari sumbangan idea
Malaysia ini ZOPFAN Berjaya menghalang idealogi dan teori Domino daripada merebak
ke negara Asia Tenggara. Akhirnya Vietnam mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN.
Perjanjian SEANWFZ.
i.Perjanjian SEANWFZ ini adalah
persetujuan menjadikan kawasan Asia Tenggara kawasan bebas nuklear. Malaysia
memandang berat hal ini. Menteri luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi telah menyeru negara kuasa nuklear agar memberi sokongan dan
menyertai perjanjian ini.
ii.Dengan adanya perjanjian tersebut kawasan
Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuklear.
2.Ekonomi.
I.Kerjasama ekonomi ASEAN
melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas atau ASEAN Free Trade (AFTA) telah di
kemukakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam siding kemuncak di Singapura. Dimana
adalah untuk memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun
dan Korea Selatan. II.
Walaupun ianya mendapat tentang
daripada negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi idea Malaysia ini telah
membawa kerjasama secara tidak rasmi negara ASEAN dengan negara China, Jepun
dan Korea.
3.Sosial.
I.Malaysia telah juga
menyumbang dalam bidang pendidikan. Kerjasama dalam bidang ini telah mewujudkan Pertubuhan
Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO). Malaysia bersetuju
membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. II.
Malaysia telah memainkan
peranan penting dalam membenteras penyalahgunaan dadah. ASEAN telah
mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran
Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berjaya di adakan di
Vienna pada 1987. Persidangan ini telah di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad. III.
Dalam bidang kebudayaan
Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan dengan menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN. Disamping berlaku pertukaran rancangan televisyen dan radio
bagi merapatkan hubungan sesama negara ASEAN. IV.
Malaysia berkerjasama dalam
bidang sukan. Sukan SEA diadakan juga untuk merapatkan hubungan dengan negara
ASEAN dan Malaysia turut beberapa kali menjadi tuan rumah untu ksukan SEA. V.
Menubuhkan Majlis Bahasa
Indonesia dan Malaysia (MBIB) padatahun 1972. MBIB kemudian bertukar menjadi
Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABIBM) pada tahun 1985
dengan tujuan mangembangkan Bahasa Melayu, meningkatkan persaudaraan dan
meningkatkan perannan Bahasa Melayu dengan penyelarasan istilah, ejaan dan
sebutan.
C.KESIMPULAN.
1.Penglibatan dan sumbangan
Malaysia dalam ASEAN telah merapatkan hubungan semua negara di Asia Tenggara.
2.Dasar luar Malaysia yang
mengutamakan keharmonian dan keamanan serantau memberi kesan positif kepada
Malaysia.
3.Sumbangan besar yang Malaysia
berikan kepada ASEAN telah menjadikan negara-negara Asia Tenggara maju dalam
bidang ekonomi, sosil dan politik.
Soalan 5 Bincangkan sumbangan
Parti Nasional Indonesia (PNI) dalam gerakan nasionalisme di Indonesia pada
abad ke-20. A.
PENGENALAN.
1.Parti Nasionalisme Indonesia
(PNI) merupakan sebuah parti sekular massa yang ditubuhkan pada 4hb. Julai 1927
oleh ahli Kelab Pendidikan Bandung. PNI dipimpin oleh Dr. Soekarno. 2.Pemimpin
lain dalam PNI seperti Sartono, D. Tjipto Mangkusumu, Iskaq, Budiarto, Sunario,
Samsi Sastrowidagdo, Anwari, Sunarjo dan lain-lain. 3.
PNI memainkan peranan penting
dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan sebagai asas membawa kemerdekaan
Indonesia.
B.ISI.
1.PNI ialah parti sekular massa
yang popular. PNI melaungkan perpaduan nasional dan berdikari dalam kalangan
orang Indonesia. PNI mengamalkan sikap tidak
bekerjasama dengan pihak Belanda. PNI menyeru pegawai-pegawai Indonesia
supaya memulaukan Volskraad dan Perkhidmatan Awam Indonesia
2.Tujuan utama PNI ialah untuk
mencapai kemerdekaan Indonesia dengan menyatukan rakyat Indonesia dan
mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan
pihak Belanda. Dr. Soekarno merupakan seorang pemimpin yang berkeliber
dan memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesedaran penduduk Indonesia
dari terus di belenggu penjajah. Beliau berjaya menyatupadukan penduduk
Indonesia di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain di luar Jawa.
3.PNI memainkan peranan yang
sangat aktif dalam memperkuatkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan
syarikat-syarikat kerjasama dan membantu
pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah Taman Siswa. PNI berjaya
mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja dan anggota Sarekat Rakyat yang
dahulunya terpengaruh dengan
idea komunis dan keahliannya terdiri dari pada
pelbagai kaum.
4.Program PNI dan kepimpinan Dr. Soekarno yang
bijak berpidato telah menambahkan kepopularannya dalam kalangan rakyat
Indonesia. PNI muncul sebagai parti nasionalis Indonesia yang paoing kuat dan
terpengaruh.
5.Pada 17hb. Disember, 1927 PNI
berjaya menubuhkan satu persekutuan
pertubuhan-pertubuhan nasionalis Indonesia iaitu Permuafakatan
Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI).
6.Pada 28 Oktober Bahagian Pemuda PNI atas
usaha dan inisiatif Mohd Yamin talah menganjurkan Kongres Pemuda yang
menghasilkan Sumpah Pemuda. Ia melahirkan cogan kata Satu Negara, Satu Bangsa
dan Satu Bahasa. Bendera Sang Saka Merah Puteh bersama lagu Indonesia Raya.
Perjuangan PNI berjaya menyatukan parti-parti di Indonesia sehingga terbentuk
Parti Indonesia Raya.
7.Menjelang akhir bulan Mei
1929, PNI mempunyai ahli seramai 10,000 orang.
8.Perjuangan PNI yang anti
penjajah Belanda telah telah membimbangkan pemerintahan Belanda dan bertindak menarik
balik lesen yang membenarkan akhbar Persatuan Indonesia diterbitkan. Dr.
Soekarno dan tujuh orang pemimpin PNI ditangkap. Tindakan ini telah melemahkan
perjuangan PNI dan seterusnya PNI diharamkan pada tahun 1929.
C.KESIMPULAN
1.Parti Nasionalis Indonesia
telah memainkan peranan penting terhadap perjuangan semangat nasionelisme di
Indonesia. Peranannya sebagai asas membawa kepada kemerdekaan Indonesia pada
Ogos 1945.
2.Setelah PNI diharamkan ahli-ahli PNI telah
menyertai tiga buah parti yang lain iaitu Parti Indonesia, Parti Rakyat
Indonesia dan Kelab Pendidikan Nasional Indonesia.
Soalan 6 Bincangkan
faktor-faktor yang menyebabkan Filipina dan Thailand menyertai South East Asia
Treaty Organization (SEATO)
A : PENGENALAN
1.Pertubuhan Perjanjian Asia
Tenggara (SEATO) sebuah organisasi pertahanan yang ditubuhkan melalui
Perjanjian Kolektif Pertahanan Asia Tenggara (The South East Asia Collective
Defence Treaty atau Manila Pact)
2.Pembentukan SEATO merupakan
tindakbalas daripada permintaan bahawa Asia Tenggara akan dilindungi daripada
pengaruh komunis, ditandatangani oleh 8 buah negara iaitu Filipina , Thailand ,
Pakistan , Amerika Syarikat , Perancis , Britain , New Zealand dan Australia.
3.Filipina merupakan salah
sebuah negara penaja utama penubuhannya
4.Manakala Thailand
menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat.Nai Pote Sarasin menjadi
setiausaha Agung SEATO.
5.Filipina dan Thailand
menyertai SEATO disebabkan oleh faktor-faktor politik , ekonomi dan sosial.
B :ISI FILIPINA POLITIK
Hubungan dengan Amerika Syarikat
1.Filipina menyertai SEATO
kerana hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang dengan
perkembangan ideologi komunis di Filipina.
2.Filipina juga membantu
pentadbiran Amerika Syarikat dengan menghantar tentera semasa perang Vietnam.
EKONOMI Bantuan
1.Penglibatan Filipina dalam
SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi. Contohnya projek latihan pekerja
mahir
2.SEATO juga menjalin kerjasama
dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara anggota melalui pemberian bantuan
teknikal
THAILAND POLITIK Keselamatan
1.Phibun Songkhram merupakan
tokoh yang bertanggungjawab membawa Thailand menyertai SEATO dan memberi
sokongan kepada Amerika Syarikat dalamPerang Korea untuk menentang kegiatan
komunis dunia.
2.Penglibatan Thailand
bertujuan melindungi wilayahnya yang bersempadan dengan kawasan bergolak di
Indochina serta bimbang terhadap pengaruh komunis di Thailand. Thailand
berharap dapat mengawal penyebaran kominis , oleh itu Thailand telah megeratkan
lagi hubungan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1948 untuk melindungi
negaranya daripada pengaruh komunis yang berpusat di Laos dan tersebar luas di
Asia Tenggara .
3.Thailand juga mendapat
bantuan ketenteraan yang banyak daripada Amerika Syarikat. Sebagai balasan
Thailand membenarkan Amerika Syarikat meggunakan pengkalan tentera udaranya
untuk memerangi komunis di Indo China
4.Oleh kerana SEATO merupakan
pakatan ketenteraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat , Thailand mendapat
faedah seperti latihan dan kerjasama ketenteraan . Thailand sebagai tuan rumah
dan diketuai oleh Amerika Syarikat sering mengadakan latihan ketenteraan dengan
Negara anggota SEATO lain pada setiap tahun.
5.Thailand juga membantu
pentadbiran Amerika Syarikat dengan menghantar tentera semasa perang Vietnam .
EKONOMI Bantuan Kewangan
1.Thailand mendapat bantuan
kewangan sebanyak AS$ 24 juta pada tahun 1957.
2.Thailand juga mendapat
bantuan kewangan melalui Perjanjiaan Tabung Pembangunan dengan Amerika Syarikat
pada tahun 1958.
3.Thailand bersama anggota
SEATO yang lain saling berkerjasama untuk mengukuhkan asas-asas ekonomi dan
meningkatkan taraf hidup penduduk Asia Tanggara supaya mereka tidak terpengaruh
dengan ideologi komunis
SOSIAL
Kerjasama dan Pendidikan
1.Thailand juga melalui SEATO
telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya , agama dan sejarah
di Rantau Asia Tenggara
2.Pada tahun 1959 Nai Pote
Sarasin iaitu bekas Menteri Luar Thailand selaku setiausaha Agung SEATO telah
menubuhkan SEATO Graduate School Of Engineering di Thiland untuk memberi
latihan dalam bidang kejuruteraan.
3.SEATO juga menaja pembinaan
Pusat pembangunan Guru di Bangkok dan juga Sekolah Latihan Ketenteraan Teknikal
Thailand. Sekolah latihan ini menganjurkan
program teknikal untuk menyelia dan pekerja teknik
4.Projek pekerja mahir yang
dianjurkan oleh SEATO diadakan di Thailand , sebanyak 99 bengkel latihan
diadakan.
C :KESIMPULAN
1.Penglibatan Filipina dalam
SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan
peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak
berfungsi.
2.Thailand mendapat faedah yang
lebih baik daripada Filipina.
3.Walaupun Filipina dan
Thailand mendapat faedah keselamatan dengan menyertai SEATO tidak dapat
dinafikan Amerika Syarikat dapat melindungi kepentinganya di AsiaTenggara
melalui SEATO.
No comments:
Post a Comment