2.3 NEGARA BANGSA
Menjelang akhir
ZamanPertengahan, Eropah sudah melalui penubuhan negara bangsa. Kemerosotan
sistem feudalisme telah membolehkan raja-raja mengumpul lebih banyak kekayaan
dan mengukuhkan kedudukan mereka. Perkembangan bahasa kebangsaan dan bahan bercetak
membolehkan masyarakat Eropah berfikir berdasarkan cara dan negara yang
didiami.
Negara bangsa ialah negara yang bebas
daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja mutlak. Tiap-tiap
negara mengandungi penduduk yang berteraskan satu bangsa, satu bahasa,satu
kesusasteraan, dan satu kesedaran kebangsaan. Raja mempunyai hak untuk
mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbir, dan menguatkuasakan
undang- undang.
Kemunculan negara bangsa di Eropah
terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan keluarga diraja, dan
konsep empayar.Ini diperlihatkan di England dan Perancis.[1]
2.2.1 Raja mutlak dan raja
berperlembagaan.
Kemunculan negara bangsa pada
abad ke-l5, meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak
di Eropah pada abad ke-16 dan 17. Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud
sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui
sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem
pemerintahan ini disebabkan kekayaan yang diperoleh raja-raja negara bangsa
melalui aktiviti perdagangan.Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancls
dan England pada abad ke-l6 dan 17.[2]
Menurut sistem pemerintahan beraja
mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat.Dalam pada
itu, menjadi tanggungiawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan
pentadbiran. Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus
menerimanya dengan tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka.Pandangan
ini diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja negara
bangsa.[3]
Raja berperlembagaan ialah raja
yang memerintah berdasarkan undang-undang yang ditetapkan atau piagam politik Misalnya,
di England, kuasa raja terbatas dengan Magna Carta.Namun, kebijaksanaan
raja-raja Tudor telah dapat mengawal dua dewan, iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan
Rakyat di England. Namun, pada penghujung abad ke-17, England menuju
pemerintahan raja berperlembagaan setelah Revolusi Cemerlang pada tahun 1688
berjaya menumbangkan pemerintahan beraja mutlak.[4]
RAJA MUTLAK DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND ABAD KE-16-18.
Sejak penghujung abad ke-15,
England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir dua abad lamanya.
Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Raja Henry VII pada tahun 1485. Baginda
merupakan pengasas Dinasti Tudor yang memerintah England sehingga tahun 1603.
Pemerintahan Raia-raja England pada zaman Dinasti Tudor 1485-1603
Setelah berakhirnya Perang
Bunga Ros (Wars of the Roses), majoriti masyarakat di England bersetuju
menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk
menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.
Pada era pemerintahan Dinasti Tirdor
(1485 1603), menyaksikan England memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan
mendapat sokongan ramai. Meskipun raja-raja Dinasti Tudor mengamalkan sistem pemerintahan
beraja mutlak, namun mereka masih berpegang kepada tradisi politik England yang
wujud sejak Zaman Pertengahan misalnya menghormati prinsip perbatasan pemerintah
seperti yang terkandung dalam Magna Carta, sebuah piagam politik yang digubal
untuk mengawal kuasa raja.
Parlimen England dianggotai oleh golongan
kaya dan paling berpengaruh di England. Kumpulan pertama menyertai House of
Lords ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan bishop, dan kerabat diraja.
Satu lagi dewan dikenali sebagai House of Commons terdiri daripada golongan knight,
orang kaya, dan peguam. House of Lords lebih berpengaruh daripada House of
Commons dari segi politik kerana raja mempunyai hubungan yang rapat dengan
ahli-ahli House of Lords .
Bagaimanapun raja-raja Tudor yang
memerintah England berjaya mengawal kedua-dua dewan tersebut dengan baik.
Raja-raja Tudor seperti Raja Henry VII, Raja Henry VIII, dan Ratu Elizabeth I
tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan rnereka.[5]
Pada awal abad ke-17, masyarakat England
mengalami proses perubahan yang pesat. Ketika ini muncul golongan gentry di kawasan luar bandar.
Golongan tersebut memiliki
tanah dan ada dalam kalangan mereka yang menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan.
Melalui kegiatan ini, mereka menjadi kaya dan membeli lebih banyak tanah.
Lama-kelamaan mereka menjadi lebih kaya daripada golongan bangsawan .
Golongan Bourjois
Di kawasan bandat muncul
golongan bourjois yang semakin kukuh kedudukan ekonominya. Perkembangan ekonomi
dan perdagangan yang berlaku ketika itu membolehkan kumpulan ini muncul sebagai
saudagar yang kaya, pengusaha ladang pertanian, pemilik bank, dan golongan
profesional. Kekayaan yang mereka miliki semakin bertambah menyebabkan pengaruh
mereka dalam bidang ekonomi semakin kuat. Golongan ini juga berpendidikan
tinggi dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi dan kewangan.
Perubahan struktur masyarakat England
Dengan perkembangan yang
berlaku kepada kedua-dua kumpulan ini, struktur masyarakat di England mula
berubah. Walaupun golongan gentry dan bourjois tidak boleh menjadi anggota
House of Lords namun dengan kekayaan yang ada, mereka cuba meningkatkan status
sosial dan
pengaruh politik mereka.
Pada abad ke-17, kebanyakan ahli House of
Commons datangnya dari kedua-dua golongan ini. Mereka mula berani
mempertikaikan pengaruh politik yang didominasi oleh golongan aristokrat dalam
House of Lords. Bagaimanapun isu yang dibangkitkan oleh golongan bourjois masih
belum mencetuskan pergolakan politik di peringkat kebangsaan.
Pada abad ke-17, wujud pergeseran antara
mazhab Kristian di England. Terdapat sebilangan kecil penganut mazhab Protestan
yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican, gereja kebangsaan di England.
Mereka tidak berpuas hati kerana gereja Anglican masih 'mengamalkan sifat gereja
tradisonal Kristian (Katolik), walaupun kebanyakan ahli gereja Anglican penganut
fahaman Calvin.
Golangan Puritan
Golongan yang tidak berpuas
hati dengan gereja Anglican ini dikenali sebagai golongan puritan. Matlamat
perjuangan mereka ialah membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh
gereja Katolik Rom. Kumpulan ini juga mahukan gereja di England bebas daripada
kawalan politik.Kedudukan golongan puritan lama-kelamaan menjadi kukuh. Perkembangan
ini disebabkan ajaran golongan puritan mengutamakan kehidupan berdisiplin dan
menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Ajaran tersebut menarik
minat pelbagai golongan masyarakat terhadap kumpulan ini. Selepas kemangkatan
Ratu Elizabeth I, iaitu raja Dinasti Tudor terakhir pada tahun 1603, sepupu
baginda, Raja |ames dari Scotland ditabalkan
sebagai Raja England. Hal ini
kerana tiada waris terdekat yang boleh mewarisi takhta England. Raja James
memakai gelaran Raja James I. Pelantikan baginda menandakan bermulanya
eraPemerintahan Dinasti Stuart di England.[6]
No comments:
Post a Comment