Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
Pengenalan
Penyatuan Jerman
Penyatuan Jerman telah meletakkan asas
yang kukuh pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan,
Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah. Penyatuan
Jerman telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang, sistem percukaian,
sistem timbangan, dan perundangan. Di samping itu, sistem pengangkutan dan komunikasi seperti jaringan kereta
api, jalan raya, telegraf dan pos dapat dimajukan. Perpaduan politik yang
muncul selepas penyatuan juga turut merangsang pertumbuhan sektor perindustrian
di Jerman.Penyatuan Jerman membolehkan ralqat digerakkan kepada satu hala tuju
atau ideal yang sama.Kerajaanpusat menjalankan dasar kebangsaan yang
komprehensif bagi membangunkan sektor perindustrian.Selepas tahun 1878,
kerajaan mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sektor
perindustrian.
Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1.KEMAJUAN PERTANIAN
Kemajuan dalam bidang pertanian
meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Selepas
penyatuan Jermano sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan berkembang
dengan pesat.Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya
mengenai teknologi pertanian.Albrecht Thaer telah menerbitkan karya berjudul
Introductionto the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture
pada tahun 1789. Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Penggunaan teknologi moden dan kaedah
saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil
pertanian.Kerajaan menubuhkan sekolah pertanian dan universiti bagi menjalankan
kajian dalam bidang pertanian. Terdapat beberapa buah universiti yang menawarkan
mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian.
Sebelum Perang Dunia Pertama, terdapat
lebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di seluruh Jerman. Sekolah pertanian dan
universiti menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian.Antara
tahun 1905 hingga l9l2,lerman mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran
hasil pertanian.
2.KEMAJUAN DALAM PENYELIDIKAN
Kemajuan dalam bidang penyelidikan
merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Makmal penyelidikan telah
ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman.Ahli-ahli kimia dan fizik
yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan penyelidikan di makmal
tersebut.Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai
peralatan dan inovasi baharu.Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah
menghasilkan teknik
baharu dengan.menjalinkan teori
penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang Perkembangan ini telah menyebabkan
Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada
akhir abad ke-19.
3.PENUBUHAN KOPERASI
Institusi koperasi memainkan peranan
dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Institusi ini memberikan bantuan
kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian.Selain itu,
kesatuan kredit ditubuhkan di seluruh Jerman bagi merangsang pertumbuhan sektor
perindustrian. Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch ditubuhkan bagi memberi
bantuan kewangan kepada penduduk bandar.Menjelang tahun 1911, terdapat lebih
kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman.Institusi koperasi dan
kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di
Jerman.
4.PENGHAPUSAN SISTEM GUILD
Salah satu faktor yang me-rdorong
perkembangan industri di Jerman ialah penghapusan sistem guild.Dalam sistem
yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam guild
selama beberapa tahun.Pengalaman dalam guild merupakan syarat wajib bagi
melibatkan diri dalam perindustrian. Sistem ini menjadi batu penghalang kepada
perkembangan sektor perindustrian di Jerman.Pada tahun 1811, kerajaan bertindak
menghapuskan monopoli dan
keistimewaan guild melal:ui
Peraturan 1811.Perkembangan ini meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian
di Jerman.
5.PENGHIJRAHAN PENDUDUK KE
BANDAR
Penghijrahan penduduk dari kawasan luar
bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian. Sebelum penyatuan
Jerman, tiga perempat daripada penduduk Jerman tinggal merietap di luar
bandar.Pada tahun 1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan
penduduk seramai 100 000 orang.Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran
berkembang dengan pesat dan muncul bandar baharu di seluruh negara.Perkembangan
ini menyebabkan terdapat 48 buah bandar di seluruh Jerman pada tahun
1910.Bandar perusahaan muncul di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.Pertumbuhan
bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri berkembang pesat di
Jerman.
6.KEKAYAAN BAHAN MENTAH
Perkembangan sektor perindustrian di
Jerman disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentah. Antara sumber bahan mentah yang terdapat di
Jerman ialah arang batu, bijih besi, dan bijih timah. Kawasan perlombongan
arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah Lembah Ruhr, Lorainne, dan
Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor
perindustrian di Jerman.Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang
batu dan pengeluaran bahan galian ini meningkat kepada 287 juta tan pada tahun
1913.
Dalam pada itu, bilangan pekerja yang
terlibat dalam industri ini turut mengalami peningkatan yang amat ketara.Pada
tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan
ke negara Eropah.Menjelang tahun 1910, berlaku peningkatan dalam pengeluaran bijih
besi sehingga mencecah 14.7 juta tan.Di samping itu, bahan kimia seperti garam
kalium ditemui dalam kuantiti yang besar di Jerman. Menjelang tahun 1871, Jerman
menghasilkan 375 000 tan garam kalian dan meningkat kepada 3 535 000 tan pada
tahun 1901. Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120 000 orang bekerja dalam
industri perlombongan di Jerman.Bilangan pekerja dalam sektor ini meningkat
kepada 570 000 orang pada tahun 1906.
7.KEMAJUAN INDUSTRI PERKAPALAN
Perkembangan pesat sektor perindustrian
disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan.Industri perkapalan Jerman
terletak di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan Elby.Selepas tahun 1880,
berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di
Jerman.Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barangan yang diangkut turut
meningkat.
8.KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN
Perkembangan Revolusi Perindustrian
disebabkan oleh kemajuan dalam bidang komunikasi dan pengangkutan.Kerajaan
membangunkan perkhidmatan kereta api untuk menggalakkan pertumbuhan
industri.Selain itu, kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan kadar
bayaran dan tarif perkhidmatan kereta api.Landasan kereta api dibangunkanbagi
memudahkan pergerakan tentera dalam mengawal keamanan negara.Selepas tahun
1879, kerajaan membeli landasan kereta api yang dimiliki oleh pihak swasta.
9.GALAKAN KERAJAAN
Pertumbuhan pesat dalam sektor
perindustrian disebabkan oleh galakan yang diberikan oleh kerajaan.Kerajaan
Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian mulai
tahun 1879. Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat kilang
perindustrian antara tahun 1872 hingga 1910 sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran
sektor perindustrian di Jerman meningkat. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan
kereta api yang murah bagi merangsang pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan
yang efisien menyebabkan hasil pengeluaran industri dieksport ke negara-negara
lain di Eropah.
10.PENUBUHAN KARTEL
Persatuan yang dikenali sebagai kartel
ditubuhkan bagi menyelaraskan pengurusan industri di Jerman.Antara matlamat
utama kartel ialah mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin
keuntungan.Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga
barangan yang dipasarkan.Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mengawal
pasaran dan kewangan industri Jerman.
11.KEMUNCULAN BANK.
Kemunculan institusi perbankan memainkan
peranan dalan perkembangan sektor perindustrian.Kerajaan menubuhkan bank dan
menyediakan pinjaman jangka panjang bagi merangsang pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.Menjelang pertengahan kedua abad ke-19, Joint Stock
Bank, ditubuhkan di Jerman.Bank membantu perkembangan industri dengan
memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri. Sistem perbankan
di Jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang terdiri daripada:
(a) Disconto Gesellschaft of
Stuttgart (1851);
(b) Deutsche Bank (l 870);
(c) Darmstadter Bank (1870);
(d) Dresdener Bank (1872).
Antara peranan bank ini adalah
seperti berikut:
(a) menggalakkan penggabungan
perniagaan;
(b)memberikan bantuan modal
kepada pengusaha industri;
(c) menggalakkan pertumbuhan
industri perlombongan;
(d)membangunkan sistem pengangkutan
darat dan laut.
No comments:
Post a Comment