Pages

Monday, September 24, 2018

Sarekat Islam

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Parti Politik dan Persatuan
Kesan daripada penjajahan  British di Myanmar muncul pelbagai persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan nasionalisme. Pada peringkat awal, persatuan yang wujud tidak berunsur politik, lebih kepada perjuangan ingin membaiki kehidupan masyarakat peribumi yang tertindas di bawah penjajahan Barat.
Gerakan nasionalisme mula radikal apabila parti-parti politik memperjuangkan kemerdekaan mutlak.Di Indonesia, Sarekat Islam dan Partai Nasional Indonesia penting sebagai penggerak dan pelindung kepada masyarakat peribumi.[1]
 Sarekat Islam
Perniagaan batik dalam kalangan masyarakat tempatan agak penting di Indonesia. Pada awal abad ke-20, pedagang Cina turut terlibat dalam perniagaan ini. Mereka membekalkan kain, pewarna, dan lilin kepada pedagang batik di Jawa. Pedagang tempatan tidak dapat bersaing dengan mereka.
OIeh itu, pedagang tempatan yang beragama Islam telah bergabung untuk melindungi kepentingan mereka. R.M. Tirtoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam pada tahun 1909.
Agama Islam digunakan sebagai alat penyatuan, persefahaman, dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di fawa. Haji Samanhoedi menubuhkan cawangan Sarekat Dagang Islam di Bogor pada tahun 1911.
Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagangpedagang batik Cina. Maka, boleh dikatakan bahawa Sarekat Dagang Islam merupakan pertubuhan batik anti-Cina. Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden. Kebanyakan ahli Sarekat Islam di Borneo dan Sulawesi menganggapnya sebagai langkah pertama perang jihad Indonesia terhadap orang kafir, iaitu orang Cina dan orang Belanda.[2]
Penubuhan Sarekat Islam dipengaruhi oleh:
(a) Persaingan daripada pedagang-pedagang Cina dalam perniagaan batik
(b) Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah mempengaruhi pemikiran golongan intelektual Islam dalam Sarekat Islam.
(c) Kegiatan penyebaran agama Kristian pada awal abad ke-20 di Indonesia menuntut penyatuan orang Indonesia di bawah satu pertubuhan untuk mempertahankan tradisi mereka daripada dicemari oleh agama Kristian.
Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam:
(a) Mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan agama Kristian.
(b) Mengembangkan kebudayaan lndonesia.
(c) Memajukan kebajikan masyarakat tempatan khasnya dalam bidang pendidikan.
(d) Memajukan ekonomi masyarakat tempatan.[3]
Sehingga tahun 1916, Sarekat Islam tidak berunsur politik. Sarekat Islam lebih memperjuangkan kebajikan masyarakat tempatan dalam aspek pendidikan, agama, pekerjaan, dan ekonomi. Pada Kongres Nasional tahun 1913, pemimpinnya, omar said Tjokroaminoto menegaskan bahawa sarekat Islam bukan sebuah parti Politik dan masih menyokong kerajaan Belanda.
Sarekat Islam menjadi popular sehingga ahli-ahlinya datang dari segenap lapisan masyarakatlndonesia. Mereka terdiri daripada golongan ulama, elit, intelektual, peniaga, pelajar, kaum tani, dan buruh. Sarekat Islam membuka pintunya kepada-semua lapisan masyarakat. Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12 000 orang pada tahun 1913 menjadi 800 000 orang pada tahun 1916.
selaras dengan matlamat untuk melindungi kepentingan masyarakat tempatan, Saiekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial, dan ekonomi kepada kerajaan Belanda.
(a) Tuntutan politik
(i) Majlis Daerah dibentuk.
(ii) Volksraad diberi kuasa yang lebih luas supaya menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai fungsi legislatif.
(iii) Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-mallis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas.
 iv) Pemberian taraf pemerintahan sendiri kepada Indonesia.
(b) Tuntutan sosial
(i) Undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan.
(ii) Kiyai dan penghulu diberikan gaji tetap.
(iii) Hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari kelepasan atau cuti.
(iv) Institusi pendidikan Islam diberi subsidi'
(v) Sistem diskriminasi dalam pendidikan dihapuskan'
(vi) Pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah.
(vii) Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf menjadi universiti.
(viii) Biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia menuntut di luar negara.
(c) Tuntutan ekonomi supaya dapat
(i) Memiliknegarakan bidang industri seperti kilang tekstil, perusahaan kertas, industri besi, pengangkutan dan elektrik.
(ii) Membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air'
(iii) Memberi perhatian tentang isu tanah.
Sarekat Islam berkembang dengan cepat dalam kalangan semua lapisan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan khasnya di Pulau Jawa mempercayai telah munculrrya seorang "Ratu Adil" yang dapat menyelamatkan mereka daripada penindasan dan cengkaman orang kafir.
Sarekat Islam mula merosot pada tahun 1920-an disebabkan perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti sendiri.-Perpecahan ini melemahkan kepimpinan Sarekat Islam. Golongan konsrvatif telah menyertai Parti Muhammadiyah 1912 dan Nahdatul Ulama 1926.[4]

Selain itu, pengaruh komunisme dalam Sarekat Islam membawa kepada penubuhan Sarekat Islam Merah di Semarang dan di desa lain.

      Kerajaan Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan mutlak dan menentang kapitalisme. Sarekat Islam dituduh terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Omar said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan. Kegiatan Sarekat Islam semakin lemah selepas selepas kegagalan pemberontakan Parti Komunis Indonesia pada tahun 1926-1927. Selepas tahun 1927, Sarekat Islam tidak lagi efektik kerana gerakan nasionalisme indonesia diambil alih oleh golongan nasionalisme sekular.[5]





[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),350.   
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,360.  
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),351.
[4]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,330.   
[5]Ibid,330.

Sumbangan tokoh Filipina Macapagal

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Presiden Diosdado Pangan Macapagal menjadi Presiden Filipina antara tahun 1961 dan 1965.Macapagal memainkan peranan membangunkan negara mengikut cara tersendiri.Macapagal merupakan pemimpin yang lebih liberal dan memerintah mengikut dasar demokrasi negara.[1]
                                 
Latar Belakang
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Beliau meninggal dunia di Makati Ciry Metro Manila pada 21 April 1997 pada umur 86 tahun Macapagal merupakan Presiden Filipina yang kesembilan (1961 - 1965) bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau dipilih oleh sebuah gabungan ahli Parti Liberal dan Parti Progresif kerana keupayaan beliau membasmi amalan rasuah.

Macapagal diberi gelaran 'Orang Terjujur' (The lnconuptable) sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam pemerintahan beliau.Tempoh sebagai Presiden tamat apabila beliau kalah kepada calon Parti Nasionalis iaitu Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Semasa pemerintahannya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah melaksanakan dasar ekonomi untuk melindungi rakyat.[2]
Pembaharuan yang dilakukan oleh Macapagal
Macapagal telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam ekonomi. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial bertujuan untuk mengembangkan ekonomi negara seterusnya.
Program politik
(a) Dalam usahanya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, Macapagal telah menerima nasihat dari penyokong-penyokongnya yang kaya supaya membiarkan mata wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melalui dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.
(b) Macapagal telah melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan rasuah dalam sektor-sektor tertentu.
(c) Pada tahun 1962, Macapagal mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4lutai (hari Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 kepada 12 Jun (hari semasa Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan dari penjajah Sepanyol pada tahun 1898).
(d) Pada dasarnya keputusan beliau ini disebabkan Amerika Syarikat enggan membayar ganti rugi ke atas kemusnahan yang dilaksanakan oleh pasukan tenteranya di Filipina semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi Macapagal telah memberi alasan bahawa tindakan beliau tersebut merupakan keputusan hukum tentang waktu yang telah ditetapkan sebelum itu.
(e) Semasa penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia, Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
(f) Kerajaan Macapagal dengan tegasnya membuat tuntutan dan mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
(g) Tuntutan ini dibuat berdasarkan perjanjian antara Sultan Iamalul Alam dengan Baron Von Overbeck pada22 Januari 1878.
(h) Baron Von Overbeck telah menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan. Syarikat perdagangan ini kemudian berjaya mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British dan pada tahun 1881, syarikat tersebut dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB diberi kuasa mentadbir Sabah sehingga Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Sejak itu Sabah menjadi Jajahan Mahkota British.[3]
Program sosial
(a)    Memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam masyarakat.
Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan Filipina.[4]Macapagal diberi gelaran orang terjujur sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam kerajaan.
Program ekonomi
(a) Meningkatkan pengeluaran makanan.
Antara matlamat pentadbiran beliau ialah meningkatkan pengeluaran makanan dan melaksanakan dasar sosioekonomi yang berani.
(b) Menjalankan program sosioekonomi yang berani.
(c) Meningkatkan pekerjaan.
Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pengganguran yang merupakan salah satu masalah utama pentadbirannya, beliau mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA). Bantuan ini menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan ekononi negara.
(d) Melaksanakan program reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.
Pemansuhan sewa dan program reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963 menekankan usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar-besaran.Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963. Tujunnya adalah untuk menghapuskan perhambaan terhadap penewa tanah kepada kebebasan  dan keslamatan petani di tanah milik mereka. Walau bagaimana pun beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah.[5]
Kesimpulannya, Persiden Macapagal merupakan seorang negarawan ulung Filipina. Beliau telah banyak membawa perubahan sama ada dari segi politik, sosial dan skonomi.Presiden Macapagal tidak dapat melakukan beberapa dasar ekonomi kerana mendapat bantahan dan penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat dalam Parlimen Filipina. Namun demikian, pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 5.157% semasa pemerintahan Macapagal.[6]




[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),410.
[2] Ibid,411.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),411.
[4] [iv]“Sumbangan Tokoh iaitu Macapagal dan Phibun Songkram”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,151.
[5] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,375.
[6] Ibid,411.

CARA PERLUASAN KUASA ASING KE MYANMAR

1.MELALUI PERJANJIAN
PERJANJIAN YANDABO
British telah meluaskan kekuasaannya ke Myanmar melalui perjanjian.Pada tahun 1824 Perang Inggeris-Burma I tercetus selama hampir dua tahun. Peperangan ini dimenangi oleh pihak British. Sebagai pihak yang kalah, Myanmar terpaksa menandatangani satu perjanjian yang berat sebelah. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo. Perjanjian ini ditandatangani pada 24 Februari 1826.[1]

KESAN PERJANJIAN YANDABO 1824.
Kekalahan Myanmar dalam peperangan ini menyebabkan maruah negara tersebur tercalar.Myanmar tidak lagi digeruni oleh jirannya selepas terbunuhnya  panglima tentera Maha Bandula.

      Perjanjian Yandabo juga menyebabkan Myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam dan Manipur. British juga berjaya memperolehi wilayah yang subur dan strategik di Hilir Myanmar seperti Arakan, Tenasserim,Manipur dan Assam.

      Perjanjian ini dianggap berat sebelah oleh pihak Myanmar namun negara tersebut terpaksa akur pada penjajah British. Ini menyebabkan perasaan anti-British semakin meningkat dalam kalangan pemerintah dan rakyat Myanmar.[2]
2.MELALUI PEPERANGAN.
Cara Peluasan Kuasa British di Myanmar (1552 -1553)
Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853)
(a) Hubungan antara British dengan Myanmar semakin tegang apabila Raja Pagan Min enggan membayar ganti rugi.
(b) Komander Lambert bertindak menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.
(c) Lord Dalhousie menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan menuntut pembayaran ganti rugi sebanyak seratus juta paun dalam tempoh sehingga 1 April 1852 tetapi Myanmar enggan membayarnya.
(d) British mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada Mei 1852 dan bermulanya Perang Inggeris-Myanmar II apabila angkatan British yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Godwin melancarkan serangan terhadap Myanmar.
(e) Wilayah demi wilayah jatuh ke tangan British. British berjaya menawan Martaban, Rangoon, Prome, dan Pegu. (f) Mejar Arthur Purves Phayre dilantik sebagai Pesuruhjaya Pegu pada 20
Disember 1852. British berjaya mengalahkan Myanmar dalam tempoh Iapan bulan sahaja. Kesan Perang Inggeris-Myanmar II (1S52 - 1853)
(a) Penaklukan Pegu penting bagi British kerana kawasan ini merupakan jalan darat ke China. Pegu juga merupakan kawasan pertanian dan membekalkan kayu jati untukkegunaan angkatan laut seperti membina kapal.
(b) British memperoleh pelabuhan seperti Rangoon, Martaban, dan Bassein. Ini bermakna Myanmar Hulu terputus dari laut dan tidak mempunyai sebarang pelabuhan. Keadaan ini pasti akan menjejaskan pembangunan ekonomi Myanmar kerana Myanmar menjadi negara
daratan terpencil dari dunia luar.
(c) Arakan, Tennaserim, dan Pegu disatukan di bawah pentadbiran seorang Ketua Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Raja Myanmar hanya berkuasa di Myanmar Hulu.
(e) Myanmar terpaksa menjalankan perdagangan dengan kawasan taklukan British.
Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
 Seperti peluasan kuasa British di Myanmar pada tahun 1852, peluasan kuasa British pada tahun 1885 juga melibatkan perang, iaitu Perang Inggeris-Myanmar III.
 British berazam menguasai seluruh Myanmar disebabkan kekayaan hasil kayu jati Myanmar manakala istana Myanmar berusaha untuk menebus maruah negara.
faktor Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
Ketidakstabilan politik Myanmar
(a) Raja Mindon Min meninggal dunia tanpa mewasiatkan penggantinya. Berlaku rampasan kuasa dalam kalangan putera-putera. Pada tahun 1878, Raja Thibaw dilantik sebagai raja Myanmar.
(b) Raja Thibaw seorang raja yang lemah dan kejam serta di bawah pengaruh isterinya, Ratu Supayalat. Pemerintahan Raja Thibaw penuh dengan kekacauan politik dan keadaan kacau-bilau kerana kerajaannya penuh dengan saudara-mara dan orang kesayangannya yang tidak berkaliber. Pegawai-pegawai yang berwibawa dan berkaliber disingkirkan.
(c) Raja Thibaw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 80 ahli keluarganya yang cuba merampas takhta kerajaan. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini menjejaskan perdagangan di Myanmar Hulu.
(d) Pemerintahan yang penuh dengan kekejaman dan huru-hara membimbangkan Residen Inggeris di Myanmar Hulu. pada bulan September 1879, seorang Residen British di Kabul, Sir Louis Cavagnari dibunuh. Pada bulan Oktober, Residensi di Mandalay dengan cepatnya
ditutup.
(e) Hubungan Inggeris-Myanmar semakin tegang apabila Raja Thibaw mengenakan monopoli diraja dalam bidang perdagangan.
EKONOMI
1.Desakan saudagar British
2.Masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma/Myanmar.
SOSIAL
1.Masalah kasut. Rujukn edaran yang telah diberikan.

CARA PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR 1885
1.Perang Inggeris-Myanmar III.
a.Perselisihan tentang Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
b.Perancis sokong Myanmar.
c.Dasar luar-ditentukan British
d.Kata dua British.
Kesan Perang Inggeris-Burma.
1.British menguasai seluruh Burma dan Burma menjadi jajahan British.
2.Dinasti Konbaung dan institusi beraja Myanmar berakhir, Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India.
3.Penyatuan Burma Hilir dan Burma Hulu.
4.Hluttaw dikekalkan dalam pentadbiran British tetapi kuasanya dihadkan.[3]
2.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Myanmar.

Partai Nasional Indonesia

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar Belakang
Pada tahun 1922, sekumpulan pelajar Indonesia di Holland telah menubuhkan Perhimpunan Indonesia. Setahun kemudian, Perhimpunan Indonesia telah menegaskan rancangan mereka untuk berjuang ke arah kemerdekaan negara. Untuk mencapai hasrat tersebut, Perhimpunan Indonesia menggabungkan usaha semua golongan masyarakat Indonesia dan menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan kerajaan Belanda. Perhimpunan Indonesia bersifat agresif dan radikal sejak penubuhannya di Holland.[1]

Perhimpunan Indonesia berjaya mendapat sokongan ramai kerana memperjuangkan kemerdekaan. Antara tahun 1923 dan 1927, ahli-ahli Perhimpunan Indonesia yang pulang ke Indonesia telah menubuhkan kelab-kelab pelajar di beberapa buah bandar. Kelab tersebut menjadi pusat perbincangan dan saluran idea perjuangan Perhimpunan Indonesia. Dalam kalangan kelab yang ditubuhkan, Kelab Pelajar Bandung yang paling aktif. Dari kelab tersebut, Soekarno mengambil inisiatif menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pada 4 Jun 1927.

Perserikatan Nasional Indonesia kemudian menukar namanya kepada Partai Nasional Indonesia (PNI). Soekarno ialah pemimpin utama, dibantu oleh pemimpin lain seperti Iskaq Tjokrohadisoerjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo, Ir. Anwari, Ali Sastroamidjojo, dan Sunarjo.
Sebab dan Matlamat Penubuhan
Mulai tahun 1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional Indonesia amat besar. Antara sebab dan matlamat penubuhan PNI:
(a) Menuntut kemerdekaan mutlak.
(b) Menyatukan rakyat Indonesia melalui gabungan Parti-Parti politik kebangsaan Indonesia.
(c) Membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada semua rakyat.
(d) Memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
PNI berjuang secara aktif dan radikal demi mencapai matlamat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda. Antara usaha PNI ialah:
(a) Mengamalkan dasar penentangan pasif.
(b) Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.
(c) Menyeru pegawai Indonesia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan awam kerajaan.
(d) Menubuhkan kesatuan buruh.
(e) Memajukan syarikat kerjasama.
(f) Menyokongpendidikankebangsaan.
(g) Menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah.
(h) Mengadakan rapat-rapat umum.
(i) Menyebarkan idea nasionalis melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatuan Indonesia di Jakarta.
Perjuangan PNI dijelaskan semasa Kongres Pemuda yang telah mengeluarkan "sumpah Pemuda" yang menekankan tiga perkara, iaitu:
(a) Semua rakyat Indonesia adalah sebangsa, sebahasa, dan senegara. '
Berdasarkan prinsip tersebut, PNI menegaskan tidak akan menggunakan agama Islam sebagai dasar perjuangannya kerana soal kemerdekaan turut melibatkan rakyat Indonesia beragama Kristian yang berbeza bahasa dan budaya.
(b) Pertubuhan belia seperti Pemuda Jawa, Pemuda Sulawesi, Pemuda Sumatera dan Pemuda Ambon digabungkan menjadi Persatuan Pemuda Indonesia.
(c) Lagu kebangsaan akan dicipta dan digunakan secara rasmi. Idea nasionalisme dapat disalurkan melalui ciptaan lagu kebangsaan.
Kebijaksanaan Soekarno mengutamakan soal perpaduan dan persefahaman membolehkan PNI mendapat sokongan ramai dan menjadi parti politik yang paling popular. Dalam masa dua tahun sahaja, PNI berjaya meraih sokongan seramai 10 000 orang.
Selaras dengan hasrat menyatukan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan keturunan,bangsa, dan agama, PNI berusaha menggabungkan parti-parti politik yang sedia ada seperti Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Kaum Betawi, Kelab Pelajar Surabaya, dan Sarekat Islam dalam satu gabungan yang besar, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Melalui PPPKI, PNI telah berusaha membentuk perpaduan kebangsaan.[2]


[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),352.
[2] Ibid,353

Poor Man's Party

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar Belakang
Dr. Ba Maw merupakan seorang peguam yang berjaya membela Saya San yang melancarkan pemberontakan menentang British pada tahun 1931 hingga tahun 1932. Sejak itu, beliau popular dalam kalangan rakyat jelata sebagai wira yang dapat mempertahankan hak mereka. Berdasarkan situasi tersebut, Dr. Ba Maw menubuhkan Sin Ye Tha Ah-pwe
pada tahun 1936. Parti ini merupakan parti politik pertama di Myanmar yang berjaya menarik sokongan rakyat yang kebanyakannya merupakan kaum tani dan buruh yang miskin.

Hanya 16 calon Sinyetha dilantik ke Dewan Perundangan yang mengandungi 132 kerusi. ini menunjukkan kurangnya sokongan daripada golongan nasionalis. Akan tetapi, pada tahun 1937, Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri bangsa Myanmar yang pertama selepas Myanmar diasingkan daripada pentadbiran di India. Ini membuktikan sokongan yang semakin hebat kepada Dr. Ba Maw sejak penubuhan Poor Man Party.[1]
Sebab dan Matlamat Penubuhan
Penubuhan Poor Man Party lebih memperlihatkan keazaman Dr. Ba Maw untuk memancing undi pilihan raya daripada kelas bawahan yang merupakan majoriti rakyat miskin. Beliau mengumumkan pemotongan cukai untuk melindungi petani daripada golongan peminjam wang yang menindas mereka.

Setelah Myanmar diasingkan daripada India pada tahun 1937, muncul Dobama Sinyetha Asiayone yang merupakan gabungan Poor Man's Party di bawah pimpinan Dr. Ba Maw dan Dobama Asiayone di bawah pimpinan golongan Thakin.[2]

Pada tahun 1940-an, pertubuhan nasionalis yang memainkan peranan utama dalam perjuangan kemerdekaan ialah Poor Man Party. Dr. Ba Maw memperjuangkan idea sosialis melalui Poor Man Party. Beliau mendapat sokongan buruh di pelabuhan, tuan tanah, tokoh yang berpengaruh, dan mereka yang pernah mendapat bantuan.

Sebelum serangan Jepun ke atas Myanmar, golongan nasionalis Myanmar yang kaya berjuang mempertahankan negara (ada nasionalis yang dipenjarakan oleh British kerana perjuangan radikal. Mereka memerlukan satu pasukan pertahanan yang terdiri daripada golongan miskin kerana jumlah mereka yang ramai dan golongan paling tertindas di bawah British.[3]

Pada tahun 1940-an Poor Man’s Party menjadi penting dalam gerakan nasionalis dan perjuangan kemerdekaan. Para nasionalis bertekad mencapai kemerdekaan dari British melalui peranan golongan bawahan yang miskin untuk menentang secara terbuka.[4]

Persatuan Dobama bekerjasama dengan golongan miskin. Parti baharu Parti Taw-hlan-ya dibentuk. Mereka menegaskan petani tidak bersalah jika tidak membayar cukai. Kegagalan menbayar cukai digunakan sebagai senjata untuk menentang penjajah British. Semasa Perang Dunia II, Britain dan sekutunya kalah teruk. Para nasionalis Burma mengambil kesempatan membentuk Bama Htwet Gaing Gyi yang dikenali sebagai Burmalutnary Party. Parti ini melaungkan slogan, Brtain’s woes is Burma’s opportunity.

Di bawah naungan Burma Revolutionary Party ialah Dobama Sinyetha Asiaone yang terdiri daripada Parti Aung San, iaitu  Party Dobama Asiayone dan Parti Dr Ba Maw iaitu Poor Man’s Party. Kebanyakan ahlinya terdiriidaripada pelajar, petani dan buruh. Dr Ba Maw   dilantik sebagai Pengerusi dan Aung san sebagai Setiausaha. Poor Man’Party juga memainkan peranan penting dalam menentang kerajaan U Saw yang sering menangkap dan menghukum pemimpin politik.[5]





[1]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,( Baru   Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2013),365.  
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,( Baru   Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2014),356.  
[3] Ibid
[4] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,( Baru   Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2015),356.  
[5] Ibid

Sunday, September 23, 2018

Peranan Raja Thibaw

Raja Thibaw dilahirkan pada tahun 1858 di Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan anak Raja Mindon Min dengan Puteri Laungshe. Raja hibaw mendalami ajaran agama Buddha di tokong sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir Dinasti Konbaung di Myanmar. Beliau memerintah antara tahun 1878-1885. Pemerintahannya berakhir detelah pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Beliau meninggal dunia pada 19 Disember 1916 di Ratnagiri Fort, India.

Peranan dalam penentangan terhadap British
Raja Thibaw sangat dikuasai oleh Permaisuri Supayalat dan Taingda sehingga Hluttaw, sebuah badan yang berpengaruh dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu terpaksa mengikut sahaja dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.
Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas berbanding dengan pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat, dan kuasa asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Myanmar Hulu.

Pada zaman pemerintahan Raja Thibaw perbendaharaan Myanmar Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja Thibaw meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.

Dari segi pentadbiran, Raja Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada empat menjadi empat belas. Satu unit pentadbiran baharu di peringkat daerah, iaitu khayaing dibentuk mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya adalah untuk memusatkan pentadbiran di istana Myanmar Hulu. Myanmar Hulu dibahagikan kepada sepuluh daerah di
bawah Menteri Daerah. Raja Thibaw juga memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut sistem pentadbiran yang diamalkan oleh British di Myanmar Hilir.
Dasar Luar Raja Thibaw
Hubungan dengan Perancis dan British
      Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau telah bertindak menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Sebenarnya, Raja Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.

      British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut. Duta British telah menemui dengan wakil Perancis, Fules Ferry dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke atas Myanmar sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini. Pihak Perancis telah memberi jaminan bahawa isu senjata tidak disentuh dalam perjanjian dengan Myanmar kerana yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan yang tidak mengandungi apa-apa implikasi politik atau bantuan ketenteraan kecuali wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay.

       Perancis melalui wakilnya, Frederic Haas pernah menasihati Raja Thibaw supaya mengeratkan hubungan dengan British. Raja Thibaw tegas dengan pendirian tidak mahu menerima semula Residen British.Raja Thibaw berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada pihak Perancis. Pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.

Terdapat khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal di Sungai Irrawady, dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Semua perkara tersebut membimbangkan pihak British di Myanmar Hilir. Yang memburukkan Iagi hubungan Raja Thibaw dengan British ialah berita yang menyatakan bahawa Perancis akan menghantar senjata ke Myanmar sebaik sahaja keamanan di Tongking berjaya dipulihkan.

Tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Myanmar Hulu. Raja Thibaw yang tidak menyukai British telah mengambil tindakan terhadap syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat tersebut:
(a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang
dibenarkan.
(b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.
(c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Myanmar seperti yang dijanjikan.
Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee dan ini menyebabkan pihak British berasa tidak berpuas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw.British dengan segera meminta diadakan rundingan tetapi Raja Thibaw menolaknya kerana beliau yakin Perancis akan menyokong dan membantu Myanmar dalam saat-saat seperti itu. Akan tetapi, pada bulan September, Freycinet (menggantikan fules Ferry) telah mengubah dasar Ferry dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.

British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap sedia untuk bertindak secara kekerasan terhadap Myanmar. Duta Myanmar di Perancis dan duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan.British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Myanmar. British memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar dan pada masa hadapan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh kerajaan British. Raja Thibaw diberi tempoh masa sehingga l0 November 1885 untuk memberi jawapan.
Raja Thibaw membalas dengan reaksi berikut:
(a) Bersetuju menerima wakil British.
(b) Meneruskan hubungannya dengan Perancis.

(c) Memberi hak perdagangan yang sama kepada semua kuasa Barat.British tidak puas hati dengan jawapan Raja Thibaw lalu mengisytiharkan perang ke atas Myanmar Hulu pada 11 November 1885. British berjaya menakluki Myanmar Hulu pada 1 Januari 1886.Kejayaan ini menyebabkan Myanmar menjadi tanah jajahan British sepenuhnya. 

Wednesday, September 19, 2018

CARA PERLUASAN KUASA ASING KE MYANMAR

1.MELALUI PERJANJIAN
PERJANJIAN YANDABO
British telah meluaskan kekuasaannya ke Myanmar melalui perjanjian.Pada tahun 1824 Perang Inggeris-Burma I tercetus selama hampir dua tahun. Peperangan ini dimenangi oleh pihak British. Sebagai pihak yang kalah, Myanmar terpaksa menandatangani satu perjanjian yang berat sebelah. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo. Perjanjian ini ditandatangani pada 24 Februari 1826.[1]

KESAN PERJANJIAN YANDABO 1824.
Kekalahan Myanmar dalam peperangan ini menyebabkan maruah negara tersebur tercalar.Myanmar tidak lagi digeruni oleh jirannya selepas terbunuhnya  panglima tentera Maha Bandula.

      Perjanjian Yandabo juga menyebabkan Myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam dan Manipur. British juga berjaya memperolehi wilayah yang subur dan strategik di Hilir Myanmar seperti Arakan, Tenasserim,Manipur dan Assam.

      Perjanjian ini dianggap berat sebelah oleh pihak Myanmar namun negara tersebut terpaksa akur pada penjajah British. Ini menyebabkan perasaan anti-British semakin meningkat dalam kalangan pemerintah dan rakyat Myanmar.[2]
2.MELALUI PEPERANGAN.
Cara Peluasan Kuasa British di Myanmar (1552 -1553)
Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853)
(a) Hubungan antara British dengan Myanmar semakin tegang apabila Raja Pagan Min enggan membayar ganti rugi.
(b) Komander Lambert bertindak menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.
(c) Lord Dalhousie menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan menuntut pembayaran ganti rugi sebanyak seratus juta paun dalam tempoh sehingga 1 April 1852 tetapi Myanmar enggan membayarnya.
(d) British mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada Mei 1852 dan bermulanya Perang Inggeris-Myanmar II apabila angkatan British yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Godwin melancarkan serangan terhadap Myanmar.
(e) Wilayah demi wilayah jatuh ke tangan British. British berjaya menawan Martaban, Rangoon, Prome, dan Pegu. (f) Mejar Arthur Purves Phayre dilantik sebagai Pesuruhjaya Pegu pada 20
Disember 1852. British berjaya mengalahkan Myanmar dalam tempoh Iapan bulan sahaja. Kesan Perang Inggeris-Myanmar II (1S52 - 1853)
(a) Penaklukan Pegu penting bagi British kerana kawasan ini merupakan jalan darat ke China. Pegu juga merupakan kawasan pertanian dan membekalkan kayu jati untukkegunaan angkatan laut seperti membina kapal.
(b) British memperoleh pelabuhan seperti Rangoon, Martaban, dan Bassein. Ini bermakna Myanmar Hulu terputus dari laut dan tidak mempunyai sebarang pelabuhan. Keadaan ini pasti akan menjejaskan pembangunan ekonomi Myanmar kerana Myanmar menjadi negara
daratan terpencil dari dunia luar.
(c) Arakan, Tennaserim, dan Pegu disatukan di bawah pentadbiran seorang Ketua Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Raja Myanmar hanya berkuasa di Myanmar Hulu.
(e) Myanmar terpaksa menjalankan perdagangan dengan kawasan taklukan British.
Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
 Seperti peluasan kuasa British di Myanmar pada tahun 1852, peluasan kuasa British pada tahun 1885 juga melibatkan perang, iaitu Perang Inggeris-Myanmar III.
 British berazam menguasai seluruh Myanmar disebabkan kekayaan hasil kayu jati Myanmar manakala istana Myanmar berusaha untuk menebus maruah negara.
faktor Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
Ketidakstabilan politik Myanmar
(a) Raja Mindon Min meninggal dunia tanpa mewasiatkan penggantinya. Berlaku rampasan kuasa dalam kalangan putera-putera. Pada tahun 1878, Raja Thibaw dilantik sebagai raja Myanmar.
(b) Raja Thibaw seorang raja yang lemah dan kejam serta di bawah pengaruh isterinya, Ratu Supayalat. Pemerintahan Raja Thibaw penuh dengan kekacauan politik dan keadaan kacau-bilau kerana kerajaannya penuh dengan saudara-mara dan orang kesayangannya yang tidak berkaliber. Pegawai-pegawai yang berwibawa dan berkaliber disingkirkan.
(c) Raja Thibaw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 80 ahli keluarganya yang cuba merampas takhta kerajaan. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini menjejaskan perdagangan di Myanmar Hulu.
(d) Pemerintahan yang penuh dengan kekejaman dan huru-hara membimbangkan Residen Inggeris di Myanmar Hulu. pada bulan September 1879, seorang Residen British di Kabul, Sir Louis Cavagnari dibunuh. Pada bulan Oktober, Residensi di Mandalay dengan cepatnya
ditutup.
(e) Hubungan Inggeris-Myanmar semakin tegang apabila Raja Thibaw mengenakan monopoli diraja dalam bidang perdagangan.
EKONOMI
1.Desakan saudagar British
2.Masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma/Myanmar.
SOSIAL
1.Masalah kasut. Rujukn edaran yang telah diberikan.

CARA PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR 1885
1.Perang Inggeris-Myanmar III.
a.Perselisihan tentang Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
b.Perancis sokong Myanmar.
c.Dasar luar-ditentukan British
d.Kata dua British.
Kesan Perang Inggeris-Burma.
1.British menguasai seluruh Burma dan Burma menjadi jajahan British.
2.Dinasti Konbaung dan institusi beraja Myanmar berakhir, Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India.
3.Penyatuan Burma Hilir dan Burma Hulu.
4.Hluttaw dikekalkan dalam pentadbiran British tetapi kuasanya dihadkan.[3]


2.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Myanmar.